Pencarian peserta Lagu Cinta Kita musim kedua kini bermula
PROGRAM realiti nyanyian, Lagu Cinta Kita bakal kembali dengan musim keduanya di TV3 pada November depan.
Diadaptasikan daripada program popular CJ ENM, Love At First Song, Lagu Cinta Kita Musim kedua kini sedang rancak mencari peserta menerusi penyertaan uji bakat di atas talian.
Musim perkenalan Lagu Cinta Kita yang disiarkan pada tahun lalu menyaksikan 16 peserta terpilih dibahagikan kepada lapan pasangan untuk berentap pada setiap episod.
Lebih menarik apabila para peserta tidak saling mengenali dan mereka digandingkan berdasarkan pilihan muzik serta keserasian suara.
Lagu Cinta Kita Musim kedua terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang tahu bermain alat muzik.
Bagi mereka yang berminat boleh muat naik video uji bakat, nyanyian berdurasi selama satu minit di laman sosial Instragram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita2 serta tetapkan akaun Instagram untuk tatapan umum.
Penyertaan akan ditutup pada 15 Oktober 2020.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang