MENGETENGAHKAN konsep ketuhanan, Ustaz Ashraf Suarin mengakui gembira apabila diberi peluang menjadi penyampai radio Zayan FM sejak Oktober lalu.

Ashraf berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat memberinya peluang untuk berdakwah, malah berfungsi sebagai ‘pendengar’ buat mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik.

“Dakwah itu tidak hanya tertumpu di masjid atau majlis ilmu sahaja. Memandangkan keadaan sudah berubah, cara berdakwah juga perlu kreatif dan menarik.

“Begitu juga di radio. Saya ingin membuatkan mereka berasa dekat dengan agama, tetapi pada masa sama tetap mengikuti arus perdana,” terang beliau yang ditemui pada majlis makan tengah hari bersama penyampai radio Zayan FM baru-baru ini.

Mengendalikan segmen Zayan Hujung Minggu pada setiap Sabtu dan Ahad, Ashraf akan berkongsi pelbagai pengalaman kisah hidup yang boleh dijadikan tauladan kepada pendengar.

“Penyampai lebih ringan dan santai. Terdapat juga kisah inspirasi dan mutiara kata yang boleh dijadikan pembakar semangat

“Mungkin ada yang kurang memahami akan konsep dakwah yang kami bawakan. Sejujurnya kami bukanlah penghukum atau ingin menghakimi sesiapa berdasarkan hidup mereka. Setiap kesalahan itu boleh diperbetulkan dengan teguran dan ia juga boleh dilakukan dengan cara lembut, tetapi tetap tegas,” tambahnya.

Iklan

Selain Ashraf, Zayan FM yang mula ditubuhkan pada Oktober 2017 turut diceriakan dengan penyampai radio lain seperti Mawi, Anas Tahir, Lin dan Hadhari.

 

Iklan

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram