SURIA FM menampilkan rangkuman program menarik berbentuk ilmiah, hiburan, drama pendek dan peraduan buat pendengar setia sempena Ramadan serta Raya.

Program-program tersebut boleh didengar menerusi frekuensi Suria FM, selain platform digital Suria seperti laman web suria.my, saluran YouTube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, stesen radio kegemaran ramai itu masih mengekalkan tema sama seperti tahun lalu iaitu Sebarkan Kebaikan, Kongsi Kegembiraan – Suria Bersama Anda.

“Disebabkan kita masih terkesan dengan pandemik Covid-19 pada tahun ini, Suria mengekalkan tema sama seperti kempen Ramadan Raya kami tahun lalu sebagai tanda keprihatinan kami terhadap pendengar setia Suria, selain berkongsi nilai positif sesama kita.

“Suria bukan sahaja menyajikan pengisian menarik dan menghiburkan, malah turut menganjurkan beberapa peraduan yang membolehkan pendengar Suria memenangi sejumlah wang tunai,” katanya.

Antara pengisian menarik Suria sempena Ramadan dan Raya di Suria ialah Drama Pendek Raya Suri yang berjudul Warung Konah yang akan dilancarkan pada 30 April ini, jam 9 malam, lakonan barisan penyampai Suria FM sendiri.

Diikuti Sirah Anbiya, Katering Raya Suria, Biskut Suria, Kaunter YBae Pah bersama Malaysia Relief Agency (MRA) dan banyak lagi.

Istimewanya, Suria turut menampilkan lagu raya baharu berjudul Kembali Raya, nyanyian daripada barisan penyampainya yang dilancarkan pada 26 April lalu. Muzik video lagu itu boleh ditonton di kesemua platform digital Suria FM.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web Suria www.suria.my.


Drama Pendek Raya Suria: Warung Konah

30 April, 9 Malam

Drama pendek pendek terbitan Suria itu menceritakan tentang kejadian pelik di sebuah kampung di mana penduduk diganggu oleh Bidin, seorang lelaki misteri.

Kelibat Bidin dikatakan sering muncul secara tiba-tiba dan menghantui penduduk kampung sehingga membawa persidangan di Warung Konah.

Seorang demi seorang menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan kelibat yang menyerupai Bidin.

Sirah Anbiya

Iklan

Sirah Anbiya akan menyelusuri perjalanan para anbiya menerusi kisah 25 para Nabi dan Rasul bersama PU Azman. Sirah Anbiya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Suria FM.

Katering Raya Suria

Sebuah program yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berkongsi memori raya bersama ibu mereka.

Dalam masa sama berpeluang memenangi pakej katering raya bernilai RM650 dan wang tunai RM500 dengan memuat naik video memori beraya bersama ibu masing-masing ke akaun Instagram atau Facebook Suria.

Iklan

Biskut Suria

Pendengar boleh mencipta resepi biskut sendiri dan berpeluang menangi sebahagian daripada wang tunai brjumlah RM4,500.

Kaunter YBae Pah bersama Malaysia Relief Agency (MRA)

Kaunter YBae Pah adalah satu initiatif tanggungjawab sosial korporat Suria untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan sempena Ramadan ini.

YBae Pah akan turun padang membantu mereka yang memerlukan. Program itu boleh ditonton menerusi Facebook Suria FM.