Pengarah Ola Bola, lebar sayap ke persada antarabangsa

Chiu Keng Guan
Chiu Keng Guan
A
A
A

SELEPAS mencipta pelbagai kejayaan menerusi filem-filem arahannya sebelum ini termasuk Ola Bola dan The Journey, pengarah terkenal, Chiu Keng Guan kembali dengan naskhah terbaharu, On Your Mark.

Menariknya, pengarah bersebut berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa apabila filem arahannya itu bakal ditayangkan di China bermula 18 Jun depan.

Bagaimanapun untuk tayangan di China, filem genre drama yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak itu menggunakan judul asal iaitu Qi Pao, manakala The Great Dad bagi pasaran antarabangsa.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu mendapat liputan meluas daripada media di negara tersebut, selain penonton turut berkongsi reaksi positif selepas trailer On Your Mark dilancarkan.

“Sebagai pengkarya filem dari Malaysia, saya sangat teruja apabila berpeluang dan diberi kepercayaan menghasilkan karya sentuhan saya kepada penonton filem di China.

“Melalui projek ini, saya juga dapat bekerjasama dan bertukar-tukar idea dengan ramai bakat kreatif di sana.

“Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di samping mengangkat nama Malaysia di persada dunia menerusi perfileman,” katanya yang turut tidak sabar untuk melihat reaksi penonton tanah air terhadap filem ini.

On Your Mark membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu.

Selain bertindak sebagai penerbit bersama, Astro Shaw juga tampil sebagai pengedar rasmi tersebut di Malaysia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca