Pengembaraan budaya menerusi tiga dokumentari menarik di LongTV

DOKUMENTARI LONGTV
DOKUMENTARI LONGTV
A
A
A

MENERUSI kerjasama kebudayaan dan pelancongan di antara negara China dan Malaysia, tiga dokumentari menarik berkaitan tradisi budaya China bakal disajikan di platform internet video popular, LongTV.

Tiga dokumentari terbitan China Intercontinental Communication Center (CICC) itu terdiri daripada Mutual Appreciation, Mutual Prosperity; Window dan Eye.

Penghasilan dokumentari tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan orang ramai mengenali keunikan tradisi budaya dan pembangunan masyarakat di negara China.

Mutual Appreciation, Mutual Prosperity mengisahkan perjalanan pertukaran pelajar Eropah yang menuntut di Universiti Peking, China. Dokumentari ini menyajikan pembelajaran dan perkongsian warisan pelbagai budaya dari negara yang berbeza latar belakangnya.

Sementara Window pula merupakan sebuah karya yang menggunakan tingkap sebenar keretapi sebagai latar belakang utama akan membawa penonton mengembara ke dalam lima realiti berbeza.

Dokumentari ini memperlihatkan realiti dan mimpi di mana mereka mengembara dengan keretapi ke sebuah tempat yang jauh demi sebuah kehidupan lebih baik.

Mengambil inspirasi daripada kisah benar, Eye membawa naratif sebuah kisah menyayat hati mengenai pembedahan pemindahan kornea yang melibatkan rakyat China dan Sri Lanka.

Ia mendedahkan emosi sebenar di antara dua negara berbeza namun begitu mengambil berat antara satu sama lain atas dasar kejiranan dan kemanusiaan.

Penghasilan tiga dokumentari itu merupakan bukti kukuh kerjasama kebudayaan dan pelancongan di antara China dan Malaysia yang diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan budaya, termasuk mempromosikan industri kreatif kedua-dua negara.

 

(FOTO: LongTV)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca