Penyanyi Apo Kono Eh Jang, Mastura  meninggal dunia

Mastura Ismail
Mastura Ismail
A
A
A

PENYANYI popular era 1980an, Mastura Ismail meninggal dunia di kediamannya di Cheras, sekitar jam 8.50 malam pada Rabu.

Allahyarham yang cukup dikenali menerusi lagu Apo Kono Eh Jang (duet bersama Ally Noor), menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun, akibat penyakit kanser ovari.

Berita duka tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah. Dalam perkongsian sama, Hafiz turut memaklumkan jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Taman Rakan Cheras, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Long, pada Khamis.

Difahamkan ibu saudara kepada penyanyi Oja itu sering keluar masuk hospital sejak setahun lalu akibat penyakit yang dideritainya itu.

Mastura yang dilahirkan pada 16 April 1957 di Tanjung Kerayong, Mentakab Pahang, meninggalkan dua anak.

(FOTO: Instagram Seniman)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca