PENYANYI Jeryl Lee Pei Ling, 23, berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan juara program realiti TV, The Next 2023 di China, Sabtu lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh penyanyi itu sendiri dalam satu hantaran penuh emosi menerusi Instagramnya (@jerylleex), baru-baru ini.

“Helo semua, saya Lee Pei Ling dari Malaysia dan saya juga merupakan juara keseluruhan bagi rancangan The Next 2023.

“Hari ini, saya terasa seakan sedang bermimpi. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua semua pihak,” coretnya.

Jeryl yang berasal dari Pulau Pinang mengalirkan air mata kegembiraan ketika diumumkan sebagai pemenang dan menyifatkan pengalaman itu di luar jangkaannya.

“Rasa macam mimpi. Setiap kali rasa mahu mengalah, saya beritahu diri sendiri untuk terus cekal, kerja keras dan saya boleh lakukannya.

“Kali ini, saya boleh cakap dengan yakin saya berjaya lakukannya. Saya takkan hampakan anda semua,” katanya.

Baca juga Putri Ariani terus pukau juri, raih ‘standing ovation’ lagi di AGT 2023 akhir

 

Selain itu, Jeryl turut menyifatkan The Next 2023 adalah pertandingan terbaik pernah disertainya.

Dia tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih, kareografer dan pasukan produksi yang tidak putus-putus memberinya semangat ketika bertanding.

Menurutnya, sesiapa sahaja berhak menggapai impian dan tidak sepatutnya berputus asa mengejar cita-cita.

“Apa saja yang anda impikan untuk capai, beranikan diri dan kejarlah. Jangan gentar atau putus harapan dengan mudah.

Iklan

“Kalau saya boleh lakukannya, anda pun boleh,” katanya.

Baca juga Persembahan anak Malaysia, Vanessa Reynauld di ‘Sing! China’ memukau ramai, sangat wow bawa lagu Mandarin

Kemenangannya turut mendapat pujian rakan artis termasuk Vanessa Reynauld, Choo Hao Ren dan Priscilla Abby.

Jeryl mula berjinak dalam nyanyian sejak berusia lapan tahun. Dia juga sudah mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan di China.

Dia pernah memenangi pertandingan nyanyian remaja, Water Cube Cup China pada 2014.

Iklan

Namanya kian popular sejak 2016 selepas menjadi finalis program Sing! China.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!