Pergi selamanya akibat kanser hati, Tia Jinbara selamat dikebumikan

portal image (7)
portal image (7)
A
A
A

JENAZAH bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, selamat dikebumikan jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.

Lebih 200 orang hadir mengiringi penyanyi itu ke persemadian terakhirnya termasuk rakan artis seperti Nizam Laksamana, Bagio, Ali, Yabang, Cepot, Anjang, Ameng, Adifashla, Ismahalil dan Liza Hanim.

Terdahulu, jenazah yang juga ahli kariah Masjid Kota Raja tiba jam 8.30 pagi untuk dimandi dan dikafankan.

Baca juga: Tia Jinbara perlu RM250,000 jalani pemindahan hati di India

Penyanyi yang cukup hits menerusi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.17 malam di Hospital Shah Alam akibat kanser hati.

Baca juga:'Sakit perut sudah lama tapi abaikan.' Tia Jinbara disahkan hidap barah hati

Baca juga: Vokalis Jinbara, Tia hidap kanser hati. Ini mungkin simptom-simptom yang dialami selebriti itu

Isteri Allahyarham, Suzan Ahmad baharu sahaja melancarkan tabung bantuan buat Tia kelmarin bagi menampung kos pemindahan hati di New Delhi, India.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian semalam, Suzan memberitahu, Tia akan mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara terlebih dahulu sementara menunggu dana mencukupi untuk ke India.

Bagaimanapun perancangan itu tidak menjadi kenyataan.

Tia Jinbara

Tia dan Suzan mendirikan rumah tangga pada Mei 2009, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan: Aqmar Mustaza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca