Pergolakan rumah tangga diketahui umum, Siti Saleha tetap positif

A
A
A

PELAKON popular, Siti Saleha tidak terus berdiam diri selepas pergolakan rumah tangganya diketahui umum sejak Rabu.

Saleha, 31, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya memberitahu dia dalam keadaan baik.

I am good (saya baik-baik sahaja),” tulisnya ringkas.

Perkongsian pelakon drama Tujuh Hari Mencintaiku itu telah menarik perhatian rakan artis dan peminat yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada Siti Saleha atau mesra dengan panggilan Sally.

Dalam hantaran terbaharu, Saleha turut berkongsi gambar bersama rakan baik dan pengurus peribadinya.

Terdahulu, Siti Saleha mengaku telah memfailkan perceraian kepada suaminya, Ahmad Lufti Azhar, 35, selepas dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca