PELAKON terkenal Bollywood, Aamir Khan memberitahu perkahwinannya bersama Kiran Roa akhirnya menemui titik noktah selepas 15 tahun bersama.

Aamir dan Kiran membuat pengumuman itu dalam satu sidang media bersama pada Sabtu dan mengakui mereka sudah lama merancang untuk berpisah.

“Kami sudah lama rancang untuk berpisah dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukannya secara rasmi.

“Sepanjang usia perkahwinan kami selama 15 tahun, saya dan isteri saling berkongsi pengalaman hidup, gembira dan ketawa bersama-sama. Kehidupan kami sangat indah. Hubungan yang kami bina juga adalah atas rasa percaya, cinta dan hormat.

“Sekarang, kami akan memulakan episod baharu dalam hidup kami masing-masing, ” katanya.

Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Azad.

Dalam pada itu, Amir berkata, dia dan isteri akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka Azad Rao Khan, 11, serta meneruskan hubungan profesional dalam kerja.

Iklan

“Kami tetap menjadi ibu bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad. Kami akan menjaga dan membesarkannya bersama-sama.

“Kami juga akan terus bekerja secara berkolaborasi dalam filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain, ” jelasnya yang turut berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan kepada mereka.

Iklan
Aamir dan Kiran membuat pengumuman penceraian mereka bersama.

Amir, 56, dan Kiran, 47, bertemu buat pertama kali sewaktu berada set penggambaran filem Lagaan. Pasangan ini berkahwin pada 28 Disember 2005 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 2011.

Aamir sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit Reena Dutta pada 1986, bagaimanapun perkahwinan itu berakhir pada 2002. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ira Khan dan Junaid Khan.