RUMAH tangga pelakon popular, Siti Saleha dan Ahmad Lufti Azhar kini menjadi perhatian ramai selepas pasangan itu dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.

Menurut laporan mStar, Siti Saleha yang hadir sebagai plaintif dilihat menjalani prosiding pertama di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim.

Biarpun jarang berkongsi perihal rumah tangganya, namun berita ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak.

Iklan
Kali terakhir berkongsi gambar bersama pada 24 Mac lalu bersempena hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-35.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Iklan

Setakat ini, adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu masih belum memberi sebarang kenyataan.