Perlu bayar 5 hari sebelum raya, Caprice buat tabung bantu ‘abang burger’ dikompaun RM50k
BINTANG rap Caprice mengutarakan hasratnya untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu peniaga burger yang tular dikompaun sebanyak RM50 ribu.
Dalam perbualan telefon, Caprice berbincang dan ingin mendapatkan persetujuan peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Faisal bagi membuat tabung membantu pembayaran kompaun berkenaan dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah guys kita dapat contact abe Faisal, kalau esok abe kata ons, caprice akan buka tabung kitafund atau a public tabung untuk bantu settle kompaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya). InsyaAllah! Kita jaga kita,” kongsi Caprice di Instagram.
Kebanyakan warganet memuji tindakan Caprice yang ingin membantu peniaga berkenaan.
Burger sedap
Terima kasih sebab bantu
Terkejut kena kompaun
Bantu selagi boleh
Sebelum ini, tular di media seorang penjual burger mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahannya berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir dari Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya sebelum didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan sekitar jam 11.10 malam.
Ekoran itu, polis telah mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
View this post on Instagram
Sumber: capriceofficial
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang