TIDAK hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang bijak atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.

Pada usianya 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala- galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.

Pernah jadi pelajar cemerlang, Mira Filzah kini mahu bantu pelajar SPM

Iklan

Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.

“Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.

“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.

Iklan

“Nilai sebuah kehidupan manusia itu tak bererti jika tidak memberi manfaat kepada orang lain. Khusus juga dalam hal akademik, manfaat yang diperoleh patut disebarkan,” ujar Cikgu Fana.

Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.