PELAKON berbakat besar, Amar Asyraf menyifatkan tahun 2020 adalah tahun yang sukar buatnya.

Menurut Amar, dia membiarkan egonya menyakiti dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada disekelilingnya.

“Saya rasa lost, marah, geram rasa seperti saya bertarung dalam dunia sendirian. Geram dengan kegagalan sendiri tetapi tak mampu buat apa-apa untuk ubah hidup sendiri.

“Duit tak cukup, kes di mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen (televisyen), belanja berlebihan sebab tekanan dan macam-macam lagi.

“Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa pun. Sayalah yang sebenarnya menyakiti orang lain, mama, abah, Arna (isteri), Taufiq dan Dian (anak-anaknya).

“Saya menyakiti mereka dengan tingkah-laku saya yang tidak bagus. Saya menyerah untuk menjadi lelaki yang baik bertahun-tahun yang lalu. Saya tidak menjaga kesihatan dengan merokok begitu banyak.

“Saya membiarkan ego saya menang. Saya membiarkan diri saya tenggelam dalam keadaan negatif saya yang sangat buruk dan terus mengecewakan orang yang saya sayangi,” akuinya.

Tambah pelakon drama Iktibar itu, dia juga pernah mempertikaikan mengapa ALLAH SWT memberikan ujian sebegitu terhadapnya dan merasakan hidupnya tidak adil.

“Saya juga mempersoalkan Allah. Kenapa saya? Mengapa ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa.

“Saya berasa semuanya tidak adil. Padahal yang berlaku tidak adil itu adalah diri saya sendiri. Saya membiarkan diri dikelilingi oleh perkara negatif.

“Saya mempunyai beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup dengan sifar peratus orang merosakkannya tetapi saya berjaya merosakkannya sendiri,” katanya.

Amar bersama isterinya, Arna Salleh.

Amar berkata, dia kini sudah sedar dengan apa yang berlaku dan meminta maaf kerana telah mengecewakan ramai.

Iklan

Bahkan dia juga mahu berubah demi masa depan yang lebih baik buatnya sekeluarga.

“Saya tidak tahu diri saya. Saya benar-benar merasa kehilangan. Namun saya nampaknya tidak mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan.

“Maaf kerana mengecewakan banyak orang. Saya sangat menyesal. Saya minta maaf.

Iklan

“Saya mahu ubah hidup, mahu lebih positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri dan mengenal diri sendiri.

“Hanya saya yang mampu ubah hidup. Bukan orang lain.

“Saya nak anak-anak ada masa depan yang lebih baik saya. Untuk Taufiq dan Dian,” katanya.