TINDAKAN Hairi Safwan menegur sikap biadap seorang lelaki terhadap seorang wanita telah menyebabkan pelakon itu mengalami kecederaan di mata akibat ditumbuk.

Cerita Hairi, kejadian tersebut berlaku ketika dia mahu ke sebuah farmasi di Subang Jaya pada Khamis lalu itu terjadi apabila Hairi cuba untuk menegur pasangan yang sedang bergaduh.

“Nampak macam ketumbit tapi ini alkisah dua hari lepas, dah lama tak masuk gelangang. Sekali sekala sedap juga.

“Aku jalan dengan anak aku nak masuk farmasi, ada couple gaduh. Tiba-tiba keluar ayat yang aku tak suka dengar, ‘KAU PELACUR’.

“Aku terus  pergi tegur dan dapat habuan buku lima. Adil bagi aku sebab aku buat dia patah tangan dan aku berhenti sebab anak aku reyau (menangis) saja.

“Aku ajak dia pergi buat report dia tak nak, dia nak duit ubat saja. Lepas tu aku pesan kat dia ‘kau nak bawa geng bawaklah, tapi kau kena ingat budak utara ni kat tempat orang dia solo fighter, tak dapat hari ini nanti mesti dapat’,” ujarnya.

HAIRI SAFWAN
Keadaan mata Hairi selepas dua hari kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun lucunya, Hairi juga sempat berseloroh apabila dimarahi isterinya akibat kejadian itu.

Namun dalam masa sama, juara Anak Wayang itu sempat meninggalkan pesan buat kaum Adam.

“Dah la aku tak dapat duit ubat, masuk kereta kena beletiaq (bebel) plak dengan wife aku… Baru nak tunjuk hero… Dua hari tak boleh buka mata. Nak ajak repeat tak boleh dah…

Iklan

“Jangan sesekali kita hina dan kata wanita PELACUR padahal puncanya dari LELAKI bukannya takdir,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan Hairi yang sanggup cedera demi mempertahankan wanita.

myza_rafika : “Salute sama lu bang….!”

Iklan

me3r_11 : “Jgn mein2 ngn org utara”

theera_alias : “Huihhh… Berani hg.. Terbaik arrr..”

sitinurhaslizaa : “Terbaikk.. mmg  hero. Tahniah pertahankan hak.”