Peserta Big Stage, Sandra Dianne terlibat kemalangan

Sandra Dianne
Sandra Dianne
A
A
A

PENYANYI Sandra Dianne terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri.

Sandra yang juga merupakan peserta program realiti Big Stage 2020 itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

Difahamkan kemalangan terbabit berlaku ketika penyanyi Hey Kau itu bersama sepupunya dalam perjalanan dari kediamannya menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu keempat.

Menurut wakil syarikat rakaman Sony Music Malaysia sebagaimana dilaporkan media, keadaan sebenar Sandra masih belum dapat dipastikan kerana belum mendapat maklumat lengkap daripada doktor.

Semoga peminat Sandra dapat mendoakan keadaan Sandra bertambah baik dan dipermudahkan urusan rawatan.

 

(FOTO: Instagram Sandra Dianne)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca