HAPPY 63 papa..You’re more than just an idol. You’re my life,my hope,my inspiration, my happiness, my savior and my everything. I love you so much..Hail The King! @akuamysearch.”

Demikian tulis pelakon Nabila Huda buat bapa tersayang rockers terkenal tanah air, Amy Search menerusi laman sosial Instagram.

Titipan ucapan manis itu adalah bersempena ulang tahun kelahiran Amy yang ke-63 hari ini.

Menariknya, menerusi hantaran tersebut Nabila Huda turut berkongsi 10 kepingan foto Amy pelbagai pose dan fesyen versi rona hitam dan putih.

 

 

 

 

 

Secara ringkas, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dilahirkan pada 28 Julai 1958.

Kehebatannya bukan sahaja terletak pada keunikan suara dimiliki, malah beliau antara selebriti lelaki yang sering diangkat sebagai ikon fesyen.

Pendek kata, berilah apa sahaja busana dan aksesori anak kelahiran Batu Pahat, Johor tersebut tampak trendy menggayakan.

Menerusi sesi interviu bersama kru SinarPlus pada 15 Mac 2020 pemuzik yang mahir memasak menu asam pedas itu memberitahu: “Sebagai penyanyi, selain vokal dan lagu, pemilihan pakaian juga memainkan peranan agar tampak segak ketika sesi fotografi dan memenuhi undangan nyanyian.”

Berbicara perihal seni pula penglibatan figura yang popular dengan nama Amy Search Phewiiit! di pentas nyanyian bersama kumpulan Search selama tiga dekad amat cemerlang.

Lagu Isabella misalnya, yang terkandung dalam album Fenomena pada 27 Februari 1989 telah mencipta fenomena luar biasa.

Iklan

Baca juga Phewiiit!…Amy Search Rockers Stailo

Di Malaysia sahaja terjual lebih 250,000 unit manakala mencecah dua juta unit di negara jiran, Indonesia.

Bahkan, tidak keterlaluan menyifatkan sehingga kini lagu Isabella kekal malar segar dan menjadi siulan ramai.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut menzahirkan ucapan ulang tahun buat Amy Search.

Antaranya:
– “Selamat Hari Jadi to your Papa, the living legend.”

Iklan

– “Happy to share the same Birthday with the Legend himself! Sanah Helwah Abang Amy. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki with the Family tersayang.”

– “Happy birthday legend! Semoga sentiasa dirahmati ALLAH.”

– “A very stylo 63. Happy birthday @akuamysearch.”

– “Hepy birthday sifu rockers. Semoga dipermudahkan rezeki panjang umur. Aamiin.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sumber: @kupu-kupu, @akuamysearch