Pian Cecupak meninggal dunia

PIAN CECUPAK
PIAN CECUPAK
A
A
A

PELAWAK Pian Cecupak meninggal dunia selepas ditemui terjatuh di bilik air kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul, sekitar jam 8 malam, pada Rabu.

Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun, dipercayai akibat serangan jantung.

Terdahulu, Allahyarham pernah menjalani rawatan jantung pada tahun 2018 dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW). Difahamkan Allahyarham juga dinasihati doktor untuk melakukan pembedahan dengan segera kerana masalah tersebut.

Menurut waris keluarga Allahyarham, jenazah akan dikebumikan sebelum Zuhur esok.

Bakat Pian dicungkil daripada program realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 dan mula dikenali bersama kumpulan Cecupak yang turut dianggotai oleh Ropie, Ucop, Pak Lah serta Pak Jaih pada tahun 1998.

Allahyarham pernah berkahwin, namun bercerai dengan bekas isteri pada 2000, Menerusi perkahwinan tersebut, Pian mempunyai dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca