“Siapa makan cili, dia rasa pedas,”. Bertepatan dengan mesej yang cuba disampaikan, puisi nukilan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkaitan Covid-19 membuatkan ramai yang ‘terasa’.
Menariknya, video puisi yang mengulas mengenai situasi semasa berkaitan pandemik Covid-19 di negara kita yang pada awalnya disampaikan dalam program Wanita Hari Ini di TV3.
Puisi yang dihasilkan pada awal pagi Rabu itu tidak hanya memfokuskan pada isu pelanggaran SOP di kalangan selebriti dan menteri, tetapi juga oleh rakyat biasa.
Ikuti video tersebut :
View this post on Instagram
Perkongsian Uyaina itu menerima respons yang cukup positif, bukan hanya di kalangan selebriti, tetapi juga di kalangan netizen.
Namun tidak kurang juga yang mengecam dan merasakan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu cuba mencari publisiti murahan.