Populariti mendadak; Lee Jung Jae, Park Hae Soo buka akaun Instagram rasmi

A
A
A

SIRI Squid Game bukan sahaja telah menarik perhatian ramai penonton di seluruh dunia, tetapi pelakonnya juga turut mendapat tempias populariti.

Buktinya, dua bintang utama siri itu iaitu Park Hae Soo dan Lee Jung Jae akhirnya telah mewujudkan akaun Instagram mereka dan dalam masa singkat, kedua-dua pelakon ini telah mengumpul jumlah peminat yang ramai di platform media sosial itu.

Hae Soo (depan) dan Jung Jae dalam siri popular, Squid Game.

Jung Jae yang membawakan watak sebagai pemain ke-456 bernama Seong Gi Hun dalam Squid Game telah mengumpul 1.4 juta pengikut, manakala Hae Soo yang juga peserta bernombor 218 telah mengumpul lebih 850, 000 pengikut dalam tempoh 48 jam.

Sebelum ini, kedua-dua aktor ini hanya berkomunikasi dengan peminat secara eksklusif melalui agensi mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca