Positif Covid-19, BCL titip pesan buat orang ramai

BUNGA CITRA LESTARI - BCL
BUNGA CITRA LESTARI - BCL
A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular  Indonesia, Bunga Citra Lestari mengesahkan dirinya kini positif jangkitan Covid-19.

Menurut Bunga menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada Selasa, dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Saya baru mendapat keputusan hari ini dan disahkan positif virus korona. Saya kini sedang sedang menjalani isolasi kendiri dan insya-ALLAH akan pulih nanti,” katanya.

Dalam pada itu Bungan yang juga balu kepada Allahyarham Asyraf Sinclair menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri.

“Saya menggalakkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar terus selamat dan sihat. Jaga diri anda dan orang yang tersayang.

“Tingkatkan sistem imunisasi anda dan hadapi perkara ini dengan serius. Saya jumpa anda nanti,” tulisnya.

Difahamkan, anak Bunga iaitu Noah Sinclair negatif jangkitan virus tersebut dan berada dalam keadaan yang baik.

Rata-rata peminat dan pengikut Bunga termasuk rakan-rakan artis mengirimkan ucapan dan doa agar penyanyi Cinta Sejati itu segera sembuh.

Terdahulu bunga pada awal Jun lalu mencetuskan kerisauan ramai apabila berkongsi tentang aktiviti percutiannya di pulau Bali, Indonesia di saat kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di negara tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca