Positif Covid-19, Janna Nick nafi sengaja cipta ‘content’

A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Janna Nick memasuki senarai terbaharu artis yang disahkan positif Covid-19 pada minggu ini selepas Syatilla Melvin, Radin Era, Zahirah MacWilson, Tomok, Uyaina Arshad, Raja Syahiran dan Achey.

Bagaimanapun di sebalik ujian yang diberikan, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir menafikan sengaja mencipta ‘content’ atau kandungan di media sosial dengan menjalani ujian saringan RT-PCR (PCR) walaupun sudah melakukan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) sebelum itu dan keputusannya negatif.

"Semalam (Jumaat) ramai yang hantar mesej peribadi kepada saya dan berkata kalau keputusan sudah negatif tidak perlulah saya 'kalut' nak positif Covid-19.

“Tetapi saya bukannya saja nak create content atau terhegeh-hegeh nak buat ujian RTK dan PCR untuk mengatakan saya positif.

“Saya lebih tahu diri dan boleh rasa badan tidak sihat. Lagipun saya bukannya jenis yang senang jatuh sakit, jadi saya boleh agak sudah dijangkiti dan sebab itu saya buat ujian PCR semalam," katanya.

Janna kini menjalani kuarantin di rumah.

Tambah penyanyi yang baharu sahaja tampil dengan lagu Gatal itu, setakat ini dia mengalami simptom seperti demam, sakit tekak dan selsema.

“Itulah dia, saya positif setelah dua tahun bertarung dengan Covid, walaupun kerja saya tak logik untuk saya tak positif, tapi akhirnya kecundang juga.

“Semalam saya ok lagi, tetapi bermula lewat malam tadi, saya mula demam, sakit badan, tekak perit dan hidung tersumbat

“Doakan semoga saya cepat sembuh. Saya minta maaf kepada mana-mana yang ada berjumpa dengan saya dalam waktu terdekat ini," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca