PELAKON dan pengacara, Nora Danish memaklumkan dia disahkan positif virus Covid-19, hari ini.

Jelas Nora, dia pada awalnya menjalani ujian calitan selepas menjadi kontak rapat dalam kategori C (kontak rapat kepada individu yang menjadi kontak rapat individu positif Covid-19).

“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif Covid-19 harini 9 Mei 2021. Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.

“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

“Sekarang Nora kuarantin sendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua ye,” tulisnya menerusi Instagram.

Tambah pelakon Covid Oh Covid itu, dia juga sepatutnya menerima suntikan vaksin dos pertama di UKM, Bangi hari ini, namun terpaksa menangguhkan perancangan itu terlebih dahulu.

Iklan

“Nora dinasihatkan untuk kuarantin dahulu. Insya-Allah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.

Iklan

“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4hb – 8hb Mei, tolong buat swab test ya.  Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya,” akhirinya.

Rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan Nora cepat sembuh daripada virus itu.