Profima kesal sikap tidak bertanggungjawab syarikat produksi

Untitled design (27)
Untitled design (27)
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Kapten (K) Khir Mohd Noor memaklumkan pihaknya sudah mengetahui mengenai kes jangkitan Covid-19 yang berlaku dalam sebuah produksi yang menjalankan penggambaran di Perak.

Menurut Khir, Profima kesal apabila syarikat produksi berkenaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

"Persatuan sudah ambil maklum berkenaan beberapa kes jangkitan Covid-19 kepada pekerja seni yang berada di lapangan.

“Khususnya, produksi yang menjalankan penggambaran di sekitar negeri Perak seperti Kuala Kangsar, dan daerah Lenggong ketika ini.

"Dukacita dimaklumkan, kejadian ini berlaku disebabkan terdapat produksi yang tidak mematuhi SOP diarahkan.

“Perkara disarankan seperti pengambilan dua dos vaksin lengkap merupakan syarat utama selain ujian calitan di lokasi serta sistem 'bubble' di set penggambaran juga perlu dipraktik sepenuhnya.

“Kami dimaklumkan terdapat produksi yang langsung tidak menggaji Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) untuk memantau SOP secara 'bebas pengaruh'," katanya.

Tambah Khir, pihaknya berharap Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) dapat menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat mengenai SOP dan PPP supaya industri (seni) tidak melahirkan kluster dari pandemik virus ini.

"Kami juga berharap supaya warga seni juga dapat bertanggungjawab dengan mematuhi SOP ditetapkan dan dipersetujui sepanjang masa bekerja," katanya.

Terdahulu, timbul pendedahan mengenai sebuah syarikat produksi yang membenarkan beberapa kru yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan pulang Kuala Lumpur tanpa memaklumkan info sebenar kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan kejadian berpunca daripada seorang kru yang belum lengkap dua dos vaksin dan kemudian menjangkiti lima kru lain termasuk seorang pelakon.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca