Program Iftar 2021@Ramadan JKKN diteruskan secara dalam talian

A
A
A

MENGAMBIL kira situasi semasa pandemik Covid-19 dalam negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) buat julung kalinya menganjurkan Program Iftar 2021@Ramadan secara dalam talian.

Program tradisi saban tahun yang bermula pada 2012 itu sebelum ini dikenali dengan Festival Ramadan dan dijenamakan semula sebagai Iftar@KL pada 2015.

Bakal bersiaran di Facebook rasmi JKKN selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 April, penganjuran kali kesembilan ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana kali ini ia diadakan sepenuhnya secara dalam talian selaras konsep pengamalan norma baharu.

Program Iftar 2021@Ramadan terus diadakan untuk mengimarahkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan menunjukkan keprihatinan sesama insan menerusi pengisian pelbagai aktiviti menarik.

Ia juga bertujuan untuk menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa secara dalam talian.

Sekitar majlis pelancaran Iftar 2021@Ramadan Online yag berlangsung di Maju Juntion pada Rabu.

Antara pengisian Program Iftar 2021@Ramadan Online ialah Bacaan al-Quran oleh Ustazah Sharifah Khasif dan penyanyi Zizi Kirana, Bicara Ramadan, Laungan Azan (Datuk Jamal Abdillah), Ceramah Ramadan (Pu Azman dan Imam Muda Aysraf), Bicara Ramadan dan Kapsul Ramadan.

Diikuti Tayangan Konsert Rohani, Pertandingan Nasyid dan Marhaban Dalam Talian dan Cara Memasak Bubur Lambuk Kampung Baru.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA).

Program Iftar 2021@Ramadan Online dilancarkan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri di Maju Juntion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh didapati dengan melayari laman web JKKN menerusi pautan www.jkkn.gov.myatau www.facebook.com/mysenibudaya.

 

(FOTO: JKKN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca