SELEPAS dua kali keguguran, penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib, 39, menerusi hantaran di akaun Instagram.

Tulisnya, Rafidah, 37, atau lebih dikenali sebagai Fida selamat bersalin pada tengah hari Rabu, 17 Januari 2024.

Baca juga: Impian bergelar ibu bakal jadi kenyataan, Fida Ibrahim kini hamil 6 bulan selepas 2 kali keguguran

Baca juga Fida Ibrahim keguguran, janin 4 bulan disambut atas tapak tangan

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024.

“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga,” katanya.

Rakan selebriti dan warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan menitipkan doa agar ibu dan si kecil dalam keadaan sihat.

– “Alhamdulillah, tahniah Fida dan suami. Selamat berpantang Fida..”

– “Alhamdulillah. Tahniah, selamat berpantang.”

– “Alhamdulillah barakallah semoga menjadi cahaya mata bagi agama dan keluarga menjadi anak yang soleh, sihat dan bahagia selalu, aamiin.”

– “Alhamdulillah, semoga sihat selalu buat ibu dan anak. Sama tarikh lahir dengan anak sulung saya.”

– “Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Ya ALLAH.”

Iklan

– “Alhamdulillah. Tahniah. Semoga ibu dan baby sihat belaka. Selamat berpantang.”

Baca juga: Isteri Fazley pernah gugur 13 kali termasuk 2 pasang kembar, tip penjagaan diri selepas keguguran bagi wanita muda

Fida terdahulu mengumumkan berita kehamilannya pada November lalu ketika kandungan berusia enam bulan.

Pelakon drama Cinta Tikar Sejadah itu meluahkan rasa syukur apabila impian dan rezeki untuk memiliki cahaya mata sulung bersama suami akan dimakbulkan ALLAH dalam beberapa bulan lagi.

Iklan

Untuk rekod, Fida berkahwin dengan Shahzemir yang juga pengurusnya pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!