BAGI memberi kelainan kepada penonton setianya, Astro menerusi portal hiburan Gempak di bawah jenama Gempak Original Series membawakan drama bersiri komedi romantik, Ahli Bapak Bapak Club yang mengangkat golongan lelaki, suami dan bapa moden dalam menghadapi konflik, persahabatan, kerjaya dan keluarga.

Idea asal drama 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi ini dicetuskan oleh tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab merealisasikan naskhah tersebut.

Drama bersiri ini menyaksikan buat pertama kalinya pelakon popular Aiman Hakim Ridza, Luqman Hafidz dan Steve Yap digandingkan bersama selaku  teraju utama.

Ia mengisahkan tiga lelaki berlainan personaliti yang mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa.

Antara watak penting dalam drama ni termasuklah:

Hana (lakonan Shiqin Kamal). Seorang influencer terkenal dan juga bekas isteri kepada Joe (Aiman). Selepas berpisah dengan Joe, Hana bertambah cantik. Adakah Joe menyesal berpisah dengan Hana?

Bob (Luqman). Seorang penganggur selepas syarikat tempat dia bekerja gulung tikar. Tapi Bob rahsiakan daripada isterinya tentang perkara itu dan berpura-pura masih bekerja. Sampai bila Bob akan main wayang?

Iklan

Yem (Uyaina). Seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila Yem boleh tahan dengan Bob?

Nik Tan Abdullah (Steve). Seorang pakar motivasi yang berjaya. Nik seorang penyayang dan ada stail. Nampak macam sempurna, namun Nik sebenarnya tidak disukai oleh dua anak tirinya. Adakah Nik dapat menggunakan skil yang dia ada untuk mengambil hati anak tirinya?

Iklan

Fisha (Maria). Seorang jutawan kosmetik, isteri kepada Nik dan ada dua anak yang sangat disayangi. Tapi di belakang Fisha, ada sesuatu terjadi antara Nik dan anak-anak di luar pengetahuannya.

Ahli Bapak Bapak Club bersiaran pada setiap Rabu, jam 9.30 malam, mulai 19 Mei secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.