Rai ulang tahun ke-20 filem Harry Potter bersama Cartoon Network

HARRY POTTER
HARRY POTTER
A
A
A

FILEMHarry Potter sememangnya mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri. Bukan hanya dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga penonton dewasa yang setia mengikuti setiap siri sejak 20 tahun lalu.

Sempena meraikan ulang tahun ke-20 Harry Potter, Cartoon Network (Astro Ch 615) dan Astro Go bakal menyajikan penonton dengan empat filem pertama daripada lapan siri Harry Potter setiap dua minggu, pada Sabtu.

Tayangan pertama akan dimulakan dengan siri Harry Potter and the Sorcerer's Stone pada 13 November depan, diikuti Harry Potter and the Chamber of Secrets (27 November), Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (11 Disember) dan Harry Potter and the Goblet of Fire (25 Disember).

Kesemua filem Harry Potter itu turut tersedia untuk ditonton secara penstriman di HBO GO.

Empat lagi filem terakhir daripada siri filem tersebut akan disiarkan di Cartoon Network pada awal tahun 2022.

Selain tayangan tersebut, magis sambutan filem Harry Potter berterusan dengan pelancaran pertandingan Wizarding World secara maya iaitu Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses, yang akan mula distrim pada Isnin, 29 November, secara eksklusif menerusi HBO GO.

Layari laman sesawang, HarryPotterMovie20.com dan dapatkan kandungan eksklusif dari momen-momen ikonik filem tersebut yang telah memulakan fenomena teatrikal global ini.

Bagi peminat di Malaysia, bersedia untuk pengembaraan yang mempesonakan dengan kayu sakti, set mainan dan anak patung Wizarding World Spin Master yang bakal dilancarkan pada bulan November ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca