PELAKON Mira Filzah hampir mengelirukan para peminat. Masakan tidak, perkongsian gambarnya bersama Dewi Remaja 2022 membuatkan warganet terkesima seketika.

Melalui hantaran di Instagram, ramai menyangkakan Mira sudah tidak berhijab.

Namun tanggapan itu tersasar apabila orang yang disangka sebagai Mira ialah Tracie Sinidol, 22.

“Orang kata dalam dunia ni ada tujuh muka yang sama. Betul ke?,” titip Mira.

Kedua-dua jelitawan itu memiliki wajah seiras. Tracie salin tak tumpah menyerupai Mira terutamanya senyuman dan lirikan mata.

Baca juga: ‘Populariti bukan lagi keutamaan saya’- Mira Filzah

Baca juga: Sepupu persis kembar seiras, kongsi DNA sama, 2 pemuda dedah fenomena unik jarang jumpa

Malah ramai yang mengatakan mereka bagaikan pasangan kembar.

Selain itu, peminat juga berharap mereka berdua digandingkan bersama sebagai adik-beradik atau pasangan kembar di dalam drama.

Ujar mereka:

– “Ya ALLAH, ingat Mira buka tudung tadi.”

– “Ingat Mira Filzah free hair tadi! Ahahahahhahahaha.”

– “Aku tiba-tiba terlopong ingat @mfmirafilzah nampak jambul.”

– “Oh my God, twins betul.”

– “Samanya muka.”

– “Dapat berlakon sama mesti ngam. Pegang watak kembar. Seorang bertudung, seorang free hair.”

Iklan

Mira dalam satu hantaran di Instagram berkongsi sesi FOTOGRAFI BERSAMA gadis peranakan Murut dan Dusun itu adalah impiannya.

“Sudah menjadi impian Mira untuk melakukan sesi fotografi dengan @traciesinidol_official sejak pertemuan pertama lagi.

“Akhirnya dapat jugak shoot together. Ini bukan sahaja untuk koleksi, tetapi kenang-kenangan kenangan,” titip akaun media sosial jenama tudung Mira, mirafilzahmy.

Baca juga: ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’ Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Sebelum ini dalam kenyataan kepada media, Tracie tidak mahu dirinya dikaitkan dengan Mira kerana enggan dibayangi pelakon itu.

Ujar Tracie, beliau mahu berdiri dengan kaki sendiri dan membina identiti sendiri.

Iklan

Sebelum ini, si cantik rupawan itu pernah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Tambunan pada tahun 2021.

Baca juga: ‘Patutlah anak semua cantik’ Tokti kongsi foto 3 beradik bersama ibu curi perhatian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!