Ranbir, Alia rasmi bergelar suami isteri

A
A
A

PASANGAN selebriti popular Bollywood, Ranbir Kapoor, 40, dan Alia Bhatt, 29, kini bergelar suami isteri apabila selamat melangsungkan perkahwinan di Mumbai, India pada Khamis.

Majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri 30-35 tetamu yang terdiri daripada kenalan rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak.

Antara selebriti yang dilihat hadir meraikan pasangan ini ialah Kareena Kapoor, Karisma Kapoor, Saif Ali Khan dan Karan Johar.

Alia menerusi perkongsian di laman Instagramnya telah memuat naik beberapa keping gambar yang menyaksikan dirinya bersama Ranbir dalam persalinan pengantin.

“Hari ini kami telah berkahwin di rumah sambil dikelilingi oleh keluarga dan rakan rakan.

“Pelbagai perkara telah kami lalui. Kami tidak sabar untuk mencipta memori baru bersama,” tulisnya.

Ranbir dan Alia mulai menjalinkan hubungan cinta pada 2017, sebelum berkongsi kepada umum setahun kemudian.

Terdahulu pasangan ini pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2020, namun ia terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19.

(FOTO: Instagram Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca