SEJAK 8 Januari lalu, penonton Cartoon Network sekitar Asia dapat menikmati pengalaman baharu bertemakan Redraw Your World, bermula dengan tayangan perdana siri We Baby Bears.

Siri kartun popular itu bersiaran di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615) di mana episod baharu akan ditayangkan pada setiap hujung minggu, jam 10.30 pagi.

Pembaharuan saluran tersebut bukan hanya tampil dengan kualiti menyegarkan dari segi rona, muzik dan rekaan tetapi juga rancangan-rancangan baharu yang diperkenalkan.

Menerusi karakter-karakter penuh warna di Cartoon Network, Redraw Your World memberi galakan kepada golongan kanak-kanak untuk terus menjadi diri sendiri dan yakin dengan kemampuan mereka.

Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang meraikan Redraw Your World dengan stesen coretan pop timbul dan siri video Craft Your World yang dikuasakan oleh rakan kongsi rasmi kempen berkenaan, Crayola di Sunway Pyramid sekitar Februari depan.

Iklan

Dengan inspirasi dan alatan untuk menyuburkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak, mereka dijemput untuk mengekspresikan diri dengan melukis atau mencoretkan visi mereka tentang dunia yang mahu diami.

Rancangan baharu lain yang turut diluncurkan pada 2022 ialah Jellystone! Akan memulakan tayangan pada 22 Januari, Sabtu, jam 6 petang; Tom and Jerry in New York (15 Januari, 10 pagi) dan siri filem Harry Potter and The Order of the Phoenix serta Harry Potter and The Half Blood Prince (8 dan 22 Januari, 8 malam).

Iklan

(FOTO: Cartoon Network)