Rezeki tahun baru, Tasha Shilla hamil anak kedua

TASHA SHILLA
TASHA SHILLA
A
A
A

BAHARU sahaja 10 bulan melahirkan anak pertama, Raess Zander, aktres terkenal, Tasha Shilla berkongsi khabar gembira tentang kehamilan anak keduanya.

Tidak berkongsi butiran lanjut mengenai kehamilannya itu, Tasha bagaimanapun mengakui ia adalah berita gembira buat mereka sekeluarga.

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.

“Saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik Insya-Allah

“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti, semoga pada masa yang akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT,” kongsinya menerusi akaun Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada kehamilan buat kali kedua pelakon itu.

Tasha telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raess Zander yang kini berusia 10 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca