BARU-baru, kemunculan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Adik Miza menjadi perhatian ramai susulan rupanya yang seiras dengan Allahyarham Siti Sarah Raissudin.

Disifatkan sebagai pengubat rindu keluarga Siti Sarah, kehadiran Adik Miza menyentuh hati ramai.

Sebelum ini, pelakon, Raissudin Hamzah bertemu kanak-kanak yang persis puteri keduanya bersama isteri, Siti Fatima Suberi dan anak sulung arwah, Uwais Alqarni.

Kini tiba giliran Shuib, Watie dan anak-anak pula berpeluang bertemu sendiri dengan Adik Miza.

Menerusi hantaran laman sosial, bapa empat cahaya mata itu berkongsi potret bersama isteri dan Adik Miza.

“Rindu dan sayang @sitisarahraissuddin @iamwatie,” titip Shuib.

Pertemuan diatur Siti Fatima atau lebih dikenali sebagai Makder itu menyaksikan Shuib, Watie, anak-anak arwah iaitu Talita Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin melihat sendiri Adik Miza yang seiras arwah.

“Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi.

“Kali ini bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” titip Siti Fatima.

Warga maya sebak dan tersentuh menyaksikan perkongsian foto Shuib.

Malah ada dalam kalangan mereka terkenang akan kebaikan yang telah dilakukan arwah Siti Sarah.

Baca juga: Adik Miza seiras Siti Sarah, netizen sebak Raissudin lepas rindu, ramai kata macam adik-beradik dengan Uwais

Ujar mereka:

– “Lama Shuib pandang Adik Miza, sebak pula kita. Pertama dan terakhir sy jumpa Sarah dan Shuib di SSF Home Decor. Demi ALLAH mereka berdua sangat pemurah. Dia bagi duit raya kepada semua staf SSF. Saya tak buat-buat cerita, sempat bergambar dengan arwah. Dia kata kehamilan ketika itu meletihkan. Tak sangka itulah pregnancy terakhirnya. Al-Fatihah Siti Sarah Binti Raisuddin.

– “Beruntung arwah Siti Sarah. Keluarga tidak pernah melupakan, sentiasa mengenang arwah.”

– “Suka tengok, akhirnya Adik Miza berjumpa Shuib dan keluarga. Semoga ikatan antara mereka berkekalan.”

– “Umpama Siti Sarah hidup semula, Ya ALLAH moga terubat rindu keluarga arwah.”

Iklan

Baca juga: Dengan sekali lafaz, pelawak Shuib kini milik Watie. Jumlah hantaran dirahsiakan

Allahyarham Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada Ogos 2021 selepas 65 jam bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Sarah ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi, Ayash Affan yang ketika itu masih di dalam kandungan.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Iklan

Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 2.

Baca juga: ‘Bila rasa rindu saya cuma mampu panggil nama’. Coretan Raissuddin 100 hari tanpa Siti Sarah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang