SELEBRITI Indonesia, Rizky Billar ditahan polis sebagai suspek kes keganasan rumah tangga terhadap isterinya yang juga penyanyi dangdut, Lesti Kejora.

Rizky ditahan Polis Metro Jakarta Selatan setelah menjalani proses pemeriksaan selama 24 jam dan akan direman selama 20 hari mulai hari ini.

“Penyiasat telah mengeluarkan keputusan penahanan akan dilakukan mulai hari ini selama 20 hari ,” kata Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Endra Zulpan kepada CNN Indonesia.

Baca juga: Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

 

Terdahulu, Detik.com mendedahkan pihak Rizky berusaha untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan cara baik Lesti Kejora.

Bagaimanapun Lesti menyerahkan proses undang-undang dilaksanakan polis.

“Kita lihat nanti, pihak keluarga sudah menyerahkan proses undang-undang kepada polis,” kata peguam Lesti, Sandi Arifin.

Rizky Billar dinamakan sebagai suspek keganasan rumah tangga berdasarkan laporan yang dibuat oleh isterinya, Lesti Kejora dan didakwa melalui Fasal 44 ayat 1 Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga dengan hukuman lima tahun penjara jika sabit kesalahan.

Baca juga: Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir hinggap di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar

Bacajuga: Masuk pertandingan menyanyi untuk biaya kos pembedahan bapa, ini kisah Lesti Kejora sebelum popular

Iklan

Siasatan kes berkenaan bermula selepas Lesti membuat laporan polis terhadap suaminya di Balai Polis Metro Jakarta Selatan berhubung dakwaan keganasan rumah tangga.

Laporan itu menyatakan insiden yang berlaku pada 28 September 2022 jam 01.51 pagi di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Rizky didakwa melakukan keganasan fizikal dengan menolak dan menghempas Lesti ke atas katil serta mencekik lehernya sehingga jatuh ke lantai.

Baca juga: Tepis dan terjatuh, bukan hempas, peguam kongsi kronologi versi Rizky Billar, berbeza dengan laporan Lesti Kejora

Baca juga: Keluarga sedih, enggan anak terus disakiti. Bekas pekerja dedah bapa mahu Lesti Kejora berpisah

Iklan

Sumber: CNN Indonesia, Detik.com

KRedit foto utama: Kredit foto: CNN Indonesia, Instagram Lesti Kejora

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.