RM80,000 untuk dimenangi dalam peraduan Berwang Suria Celllora di Suria FM!

SURIA FM
SURIA FM
A
A
A

REBUT peluang untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM80,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi menerusi peraduan Berwang Suria Celllora di Suria FM bermula 14 Februari sehingga 1 April depan.

Suria FM akan memperdengarkan klip audio Berwang Suria Celllora dalam lagu-lagu yang dimainkan sepanjang hari bermula jam 6 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta, manakala pendengar perlu mengenal pasti judul lagu dan nama penyanyinya.

Penghantar WhatsApp kelima akan dihubungi penyampai Suria dan mereka perlu memberikan jawapan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat dalam masa 10 saat.

Wang tunai RM150 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.

Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus.

Pendengar juga boleh merebut peluang untuk memenangi RM150 menerusi peraduan Teka Abear Karok di media sosial Suria Malaysia sepanjang 16 Februari sehingga 3 April depan.

 

(FOTO: SURIA FM)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca