Rohana Jalil lemah kerana kebocoran usus, rakan anjur majlis bacaan Yasin

A
A
A

BINTANG RTM 1980, Rohana Jalil dilaporkan berada dalam keadaan lemah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perkhabaran mengenai Rohana dikongsikan sahabatnya, penyampai radio dan penyanyi Haiza Hanafi yang telah melawatnya.

"Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah.

"Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk," katanya.

Masih berada di wad hospital , Rohana atau nama sebenarnya Dara Binti Abdul Jalil, 68, dikhabarkan sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditempatkan di wad pemantauan.

Baca juga: Tiada rawatan khusus untuk masalah kebocoran usus, pakar hanya boleh merawat gejala saja

Rohana ketika menerima kunjungan Perdana Menteri pada April (Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim)

Rohana pada 23 April pernah menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyanyi seangkatan pada era 80-an, Datuk Francissca Peter turut menitipkan doa agar Rohana dikurniakan kesembuhan.

“Saya telah mengikuti media sosial tentang kesihatan Rohana Jalil dan daripada peminat.

“Rasa sedih Rohana tidak sihat. Saya sangat berharap dan berdoa agar beliau cepat sembuh.

“Semoga Tuhan menyembuhkan beliau, memberi kekuatan kepada keluarga dan membantunya pada ketika ini. Mari kita sama-sama berdoa,” titip Francissca melalui laman sosial Facebook.

Baca juga: Rupa-rupanya ibu Kilafairy sibuk buat ini sepanjang PKP

Rohana dan anaknya, pelakon Kilafairy.

Terbaru, majlis bacaan doa selamat akan dianjurkan oleh rakan-rakan Rohana pada 20 Jun 2023 pada jam 8.30 malam.

Doa selamat tersebut anjuran Restoran Tanjung Puteri @ Konah itu diadakan menerusi panggilan dalam talian Google Meet.

Rohana memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.

Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, anak seni kelahiran Kota Tinggi, Johor itu mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya.

Dengan bakat dan kesungguhannya, Rohana kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.

Baca juga: Teringat cara dapat hidayah, Kilafairy tekad istiqamah

 

Sumber: Astro Awani, Facebook Francissca Peter, Kilafairy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca