"Role model terbaik"- Warganet puji Fizo Omar jadi sukarelawan pusat vaksin

"Role model terbaik"- Warganet puji Fizo Omar jadi sukarelawan pusat vaksin
"Role model terbaik"- Warganet puji Fizo Omar jadi sukarelawan pusat vaksin
A
A
A

"TERIMA kasih Abe Fizo. Role model terbaik. Malaysia memerlukan ramai lagi artis sebegini well-done."

Begitulah ungkapan warga maya terhadap pelakon, Fizo Omar yang sanggup turun padang menjadi sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Fizo yang juga merupakan pengacara dan usahawan itu meluahkan rasa gembira dan berbesar hati apabila diberi peluang sedemikian di PPV MIECC, The Mines, Selangor.

Menerusi posting di Instagramnya, Fizo berkongsi video pengalaman menjadi sebahagian daripada kumpulan sukarelawan tersebut baru-baru ini.

"Saya berbesar hati dapat mengambil bahagian menjadi sukarelawan di PPV-MIECC, The Mines.

"Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman semua barisan hadapan bekerja keras untuk memastikan kita semua diberi vaksin," katanya.

covid-19Sementara itu, bapa kepada seorang cahaya mata tersebut juga mengharapkan sokongan daripada doktor dan jururawat yang bertugas di lapangan di PPV berkenaan.

"Kepada semua doktor dan jururawat, kami memerlukan sokongan anda semua untuk menyokong kami di PPV-MIECC," kongsi beliau.

Baca juga “Kalau tak puas hati, datang jumpa aku!” – Lan Solo bengang kedai disaman lagi

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan warga belia berusia antara 18 hingga 40 tahun untuk menyertai Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) di PPV seluruh negara.

Rebut peluang jadi sukarelawan pusat vaksinasi, elaun RM50 sehari

Jadi buat semua warga Malaysia yang bersedia dan berkemampuan, ayuh menjadi sebahagian daripada pasukan mengendalikan proses pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Maklumat lanjut:

WhatsApp MySukarela Hotline (017-303 9042) pada pukul 9 pagi – 6 petang atau e-mel info@mysukarela.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca