ANGGOTA kumpulan Blackpink, Rose menerima kejutan istimewa daripada penyanyi terkenal, John Mayer.
Rose menerusi Insta Story di Instagram miliknya berkongsi gambar sebuah gitar berwarna merah jambu yang diberikan oleh pemuzik itu.
"Hidup saya lengkap. Terima kasih John Mayer," tulisnya ringkas.
Iklan
Iklan
"Rose, saya sepatutnya berterima kasih kepada awak!" tulisnya.
Rose menerima hadiah istimewa itu selepas dia menyanyikan lagu Mayer berjudul Slow Dancing In A Burning Room dalam acara Sea Of Hope baru-baru ini dan telah menarik perhatian figura berusia 43 tahun itu.