Roslan Shah rebah kerana tekanan darah tinggi, ini faktor 'pembunuh senyap' berlaku
BARU-baru ini peserta Big Stage 2022, Ajoi Zainal pitam di belakang pentas. Penyanyi berusia 24 tahun itu dilaporkan rebah susulan daripada masalah kesihatan.
Hari ini, penyanyi dan pengacara, Roslan Shah pula rebah ketika menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan secara langsung.
TV3 dalam kenyataannya melaporkan Roslan dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan doktor.
“Roslan yang sedang diwawancara tiba-tiba kelihatan terjatuh dari kerusi sewaktu WHI bersiaran secara langsung di Studio B, Sri Pentas.
“Sebaik sahaja kejadian itu, pihak produksi tanpa melengahkan masa telah memanggil panel doktor di Sri Pentas untuk memeriksa keadaan beliau.”
Baca juga: Mudah Jer Kawal Darah Tinggi Di Rumah, Fahami Kaedahnya
“Semasa pemeriksaan, selebriti itu sedar dan memberi respons. Bagaimanapun dia didapati mengalami tekanan darah tinggi dan terus dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut.
“Kami dimaklumkan keadaan beliau kini stabil dan pemeriksaan ujian saringan kit ujian pantas (RTK) menunjukkan keputusan negatif, sama seperti sehari sebelum hadir di Sri Pentas,”katanya.
Dalam pada itu, stesen televisyen berkenaan menegaskan pihaknya amat menitikberatkan keselamatan kru penerbitan dan tetamu serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Malah setiap tetamu jemputan perlu lengkap dua dos vaksin dan menjalankan ujian saringan RTK sebelum memasuki premis Sri Pentas.
Sama-sama kita doakan Roslan pulih segera.
INFO TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi dikenali sebagai 'pembunuh senyap' kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Ini juga menyebabkan ramai pesakit tidak didiagnos dan dirawat.
Bacaan tekanan darah terlalu tinggi boleh menyebabkan situasi seperti berikut:
-Sakit kepala
-Kelesuan dan gelisah
-Hidung berdarah
-Keletihan
-Loya dan muntah
-Penglihatan yang kabur
-Kesakitan pada bahagian dada dan sesak nafas
Baca juga: PKPB: Kawal Tekanan Darah Tinggi Di Rumah, Elak Serangan Sakit Jantung, Strok Mendadak
Baca juga: Sentiasa jaga, buat pemeriksaan otak kita, boleh elak serangan strok
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang