Rossa kerugian RM300,000 akibat Covid-19

A
A
A

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mendedahkan dia terpaksa menanggung kerugian hampir 1 juta rupiah (RM300,000) selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Jelas Rossa, 43, kerugian itu disebabkan dia perlu memulangkan deposit-deposit persembahan yang sudah dibayar terlebih dahulu.

"Ya, saya pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini dan sehingga kini keadaan saya belum benar-benar pulih seperti sebelum ini.

"Walaupun tempoh kuarantin hanya 10 hari, saya memilih untuk kuarantin selama 14 hari.

"Disebabkan itu, saya terpaksa membatalkan banyak persembahan, jadi saya perlu memulangkan deposit-deposit yang sudah diberi terlebih dahulu," katanya dalam temu bual bersama pereka fesyen, Ivan Gunawan menerusi podcast Pak Gun.

Rossa semasa ditemu bual Ivan dalam Podcast Pak Gun.

Ditanya kronologi dijangkiti virus pandemik itu, Rossa tidak menolak kemungkinan berpunca daripada pembantu peribadinya.

"Setiap minggu, saya perlu melakukan ujian calitan bagi program siaran langsung yang ditayangkan setiap Isnin dan keputusannya adalah negatif.

"Bagaimanapun, lima hari sebelum itu pembantu saya disahkan positif. Walaupun keputusan saya negatif, tetapi saya putuskan untuk berehat di rumah demi keselamatan.

"Namun lima hari selepas itu, saya perlu ke Surabaya untuk saya acara dan membuat ujian calitan, keputusannya adalah positif.

"Saya menghubungi rakan saya yang juga seorang doktor. Dia banyak membantu apa yang perlu saya buat. Mujur Rizky mempunyai urusan sekolah di luar daerah, jadi dia tinggal di luar sepanjang saya menjalani tempoh kuarantin," jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca