Rumah alami kerosakan, Lan Solo turut bantu penduduk sekitar

A
A
A

PENYANYI Lan Solo yang turut terlibat sebagai mangsa banjir kini selamat kembali ke rumahnya di kampung Sri Aman, Puchong untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Lan, isteri dan anak-anak terpaksa keluar daripada rumah mereka yang dinaiki air pada Sabtu lalu untuk mencari tempat lebih selamat.

“Alhamdulillah air keliling rumah dah surut. Tinggal sikit-sikit saja yang perlu sedut keluar air yang terperangkap kat bahagian dalam.

“Rasanya rasanya dah boleh mula buat kerja-kerja pembersihan, tapi tak tau nak mula bahagian mana dulu,” ujar Lan.

Sepanjang tiga hari lalu, Lan berkata, dia dan keluarga bermalam di studio miliknya sementara menunggu keadaan banjir reda.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram, Lan menunjukkan keadaan terkini rumahnya yang mengalami kerosakan teruk disebabkan musibah tersebut. Bukan sahaja rumah mereka, tetapi sebahagian besar penduduk sekitar juga mengalami nasib sama.

Keadaan rumah Lan ketika dinaiki air beberapa hari lalu.

Menurut isteri Lan, Sheila, meski turut terlibat sebagai mangsa banjir, mereka berdua akan turut menghulurkan bantuan kepada penduduk sekitar.

“Insya-ALLAH harap semua penduduk Kg Sri Aman, Puchong selamat ya. Cadangan awal saya dan suami sebenarnya hari ini nak edarkan bantuan kepada mangsa banjir, tak sangka pula rumah saya pun terkena.

“Kalau tiada aral, misi bantuan mangsa banjir sekitar Kg Sri Aman akan kami laksanakan. Harap air surut segera dan janganlah hujan lagi. Stay safe guys,” ujarnya.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Lan Solo & Shiela)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca