Rumah idaman hanyut dibawa banjir, Ebby Yus tetap syukur diberi nafas untuk hidup

05
05
A
A
A

TURUT terkesan dengan bah besar yang melanda negara kini, pelakon dan pelawak Ebby Yus juga terpaksa menanggung kerugiaan sebanyak RM200,000 akibat kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor musnah dihanyutkan arus baru-baru ini.

Kata Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia tidak berasa ralat atau sedih dengan kejadian banjir yang meranapkan rumah impiannnya itu, tetapi bersyukur kerana ALLAH masih menyelamatkannya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Malah, Ebby berharap mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah agar terus kuat dan reda dengan ujian yang berlaku.

Katanya, dia sudah berlapang dada apabila kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan itu yang hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan musnah semuanya.

banjir

Pesan Ebby, redalah, sesungguhnya di sebalik kesakitan itu ada nikmat yang begitu indah selepas kita sihat atau berdepan kesusahan.

"Saya faham orang akan cakap saya mampu berkata-kata apa saja. Syukur Alhamdulillah... tapi saya juga ingin beritahu rumah orang dimasuki lumpur ada orang datang bersihkan tapi rumah saya masuk (ditenggelami) dalam lumpur. Nak bersihkan apa pun saya tak tahu," katanya ketika diundang pada sebuah program TV malam tadi sambil menitiskan air mata.

Menurut Ebby, segala kekuatan hadir sebaik dirinya masih diberi kesempatan untuk terus hidup walaupun bersusah payah mencari duit untuk membina rumah.

Ujarnya, akui ujian orang lain lebih dahsyat, secara jujur dirinya tak sedih dengan apa yang berlaku kerana sekurang-kurangnya orang tahu yang selama ini anggapan sesetengah pihak yang anggap golongan artis tidak berusaha atau tak simpan duit, dia adalah individu yang usahakannya.

"Cuma orang kata perancangan kita itu tidak sebaik dengan perancangan ALLAH. Saya cuba untuk tak mengalirkan air mata, tapi saya menangis bila tengok orang lain yang lebih dahsyat ujiannya daripada saya.

Baca juga Rumah kakitangan rosak teruk, Tya Ariffin redah banjir beri bantuan

"Saya dah biasa dengan ujian... saya diuji dengan penyakit hampir dua tahun tetapi apa yang saya bersyukur ALLAH bagi saya nafas untuk teruskan hidup.

"Kekuatan ini datang kerana izin-Nya selain sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang pantas memberikan kata-kata semangat," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca