Sah, Nabila Huda hos baharu Melodi

NABILA HUDA
NABILA HUDA
A
A
A

PELAKON Nabila Huda mengesahkan bakal bergelar hos baharu program Melodi, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara pada Ahad.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Nabila, 37, meluahkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk mengemudi program hiburan sensasi terbiatan TV3 itu.

“25 July 2021, hari ini dalam sejarah saya keluar dari zon selesa dalam kerjaya saya. Bermulalah perjalanan hidup dan tanggungjawab baharu untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi, penuh kontroversi No. 1 di Malaysia.

“Ia merupakan penghormatan buat saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan  ini. Segala puji bagi Allah atas rezeki yang dikurniakan kepada saya. Syukur alhamdulillah.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik itu juga mengharapkan penonton dan peminat memberikan sokongan buatnya dalam mengarakan program terbabit.

“Ini adalah penampilan pertama saya sebagai hos secara solo dan saya berharap anda semua bagi peluang untuk saya terokai perjalanan baharu ini. Saya perlukan sokongan anda semua.

“Apa kelainan yang saya akan buat? Tidak banyak, hanya jadi diri sendiri, Nabila Huda. Jujur cakap, saya masih baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berharap penonton dan peminat program itu tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepadanya, namun berjanji untuk memberikan yang terbaik.

“Kalau ada kekurangan maafkan saya. Jangan terlalu mengharapkan saya lebih daripada orang lain.

“Saya mungkin bukan yang terbaik, tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua.

“Tingkatkan prestasi, Kurangkan kontroversi, Berdiri di atas bakat sendiri. Mic check! Saya Nabila Huda, i’m signing in @meloditv3,” tulisnya.

Terdahulu sebelum itu, Awal Ashaari memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya pada Sabtu, memaklumkan bakal meninggalkan Melodi selepas diberikan notis dua minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca