Sajian program menarik sempena kempen Kita Malaysia #Baik Semula

Untitled design (14)
Untitled design (14)
A
A
A

BERSEMPENA dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula, Media Prima Television Networks (MPTN) menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual bicara, majalah, keagamaan, hiburan dan drama untuk tontonan semua di TV3, TV9, 8TV dan ntv7.

Lagu #BaikSemula ciptaan Faizal Tahir turut tampil dengan muzik video versi baharu untuk menyemarakkan kempen tersebut.

Lebih menarik, TV3 bakal menyiarkan program istimewa Malam #BaikSemula pada 28 Ogos 2021 dari jam 10 malam dengan penampilan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju (K Clique) yang akan berkongsi kisah-kisah menarik di sebalik pembikinan muzik video baharu ini.

Pelbagai genre program terbitan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Majalah 3, Helo Doktor, Nona, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam, Bersamamu, Melodi, Muzik Muzik dan MBuzz, juga akan berkongsi topik-topik istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Di TV9 pula, Berita TV9 jam 7 malam akan berkongsi segmen menarik iaitu Pintu Rezeki selama 3 minit. Segmen ini akan memberi inspirasi kepada penonton untuk menjana pendapatan di kala situasi penularan virus Covid-19.

Jangan ketinggalan juga untuk menonton dokumentari khas Jalur Gemilang yang bakal bersiaran pada Hari Malaysia 16 September 2021 jam 8.30 malam.

Ikuti saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia iaitu 8TV dengan perbincangan pelbagai topik menarik berkaitan tema Hari Kebangsaan menerusi program bual bicara Living Delight dan 8 E News, begitu juga dengan Mandarin News yang akan memaparkan laporan khas.

Sementara itu, bermula 18 Ogos ntv7 menerusi DidikTV KPM akan memeriahkan studio dengan tema berlatarbelakangkan Hari Kebangsaan dan mengetengahkan subjek-subjek yang bersesuaian dengan tema sempena Bulan Kebangsaan dalam slot Teroka (pra-sekolah, tahap II, menengah atas) dan slot Mahir (pra-sekolah dan tahap II). Tiga drama menarik juga turut disiarkan iaitu Bebaskan Anak Kita, Epok dan Tok Samad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca