“Sakit dia teramat sakit…” – Wani Kayrie positif Covid-19

WANI KAYRIE
WANI KAYRIE
A
A
A

SELEPAS pelakon dan pengacara, Daiyan Trisha memaklumkan disahkan positif virus pandemik, Covid-19, penyanyi Wani Kayrie pula berkongsi berita duka sama pada Ahad.

Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 21, dia mengalami simptom seperti demam panas, sakit kepala, batuk, selsema dan sakit tekak sebelum mengambil keputusan melakukan ujian calitan.

“Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah kan? Berat untuk maklumkan, saya telah disahkan positif Covid-19. Mohon doa semua ya.

“Setakat ini, saya perlu menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari atas nasihat doktor. Antara simptom adalah demam panas, sakit kepala, batuk, selsema dan sakit tekak.

“Alhamdulillah deria bau dan rasa masih ada. Tetapi, sakit dia teramat sakit. Tak tipu,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Wani yang baharu sahaja tampil dengan single Jangan Terlepas Pandang turut mengingatkan pengikutnya untuk menjaga diri sebaik mungkin.

“Jagalah diri sebaik mungkin ya. Kita cuma boleh ikhtiar apa yang mampu. Jaga diri semua,” akhirinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca