Salah guna gambar, Awie beri kata dua

A
A
A

PENYANYI dan pelakon terkenal, Datuk Awie memberi amaran kepada syarikat pengeluar produk makanan kesihatan agar menurunkan gambarnya yang disalah guna untuk tujuan promosi.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, gambarnya telah disunting dan diletakkan pada gambar individu lain yang memegang produk berkenaan.

Katanya, gambar itu telah digunakan tanpa izin secara berleluasa oleh ejen produk berkenaan di laman sosial sejak sebulan lalu.

“Saya tidak pernah diupah atau dilantik untuk memasarkan atau mempromosikan produk terbabit.

“Foto itu disebarkan kononnya saya mengamalkan produk tersebut padahal saya memang tidak tahu menahu langsung mengenai kewujudan produk itu,” katanya dalam satu sidang media menerusi atas talian pada Rabu.

Gambar yang jelas disunting dan digunakan bagi tujuan promosi.

Awie berkata, selepas menyedari apa yang didakwanya ada unsur penipuan, dia melantik peguam untuk mengendalikan kes berkenaan.

Surat tuntutan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates sudah dihantar pada 6 Januari lalu yang antara lain menuntut agar semua gambarnya tidak digunakan lagi.

Jelas Awie, tujuannya mendedahkan perkara ini bukanlah untuk tindakan saman semata-mata, sebaliknya dia mahu memberi kesedaran kepada syarikat tersebut.

“Ganti rugi bukanlah perkara pokok untuk saya ketengahkan hal ini ke pengetahuan umum.

“Sebaliknya saya tak mahu orang di luar sana tertipu,” ujarnya.

Sumber : mStar Online

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca