IBU kepada pelakon dan usahawan Putra Amaris meninggal dunia sebentar tadi.

Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail memaklumkan berita duka itu menerusi Instagramnya.

“Salam.. Mak amaris baru pergi menghadap Illahi sebentar tadi.

“Mohon semua hadiahkan AlFatihah.Hjh Hasnah binti Hj sahli,” katanya.

Walau bagaimanapun, punca kematian syurga hatinya itu tidak dinyatakan.

Baca juga Pengsan ketika dialisis, ibu Abby Abadi meninggal dunia

Rata-rata peminatnya mengucapkan salam takziah.

“Salam takziah. Alfatihah” – abewang23

“Inallilah. Takziah Amaris. semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan beriman & diampunkan segala dosanya. Al Fatihah.” – rozzanarahmat

“Innalillah. Semoga semua urusan dipermudahkan dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” – z.syah2391

“Walaikumsalam Al-fatihah untuk ibu amaris. Syurga tempatnya.” – bedamau_bro

Baca juga Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia selepas bertarung kanser limfoma

Iklan

Baca juga Pergi ketika solat, kopiah masih di kepala, bapa mentua Aliff Syukri meninggal dunia

Salam takziah daripada SinarPlus.

Semoga urusan Putra Amaris dimudahkan dan ibunya ditempatkan dalam kalangan hamba-NYA yang beriman.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!