Saling bermaafan, Sharnaaz – Caprice pilih berdamai
PELAKON dan usahawan terkenal, Sharnaaz Ahmad mengambil langkah positif untuk memohon maaf kepada penyanyi rap, Caprice, di atas keterlanjuran kata dan kekasarannya dalam bergurau.
Menurut Sharnaaz, 36, sebagai individu yang lebih matang, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu lagi.
“Dipendekkan cerita, semua tahu saya ada isu dengan Caprice. Insya-ALLAH, saya dengan Caprice akan selesaikan secara elok di belakang.
“Bagi pihak saya, gurauan saya dari awal sejak dia di Jordan sampailah sekarang, saya rasa mungkin agak keterlaluan.
“Sebagai orang yang lebih matang, saya mohon maaf kepadanya,” ujarnya menerusi video yang dimuat naik di Insta Story miliknya.
Dalam pada itu, Caprice juga menerusi Instagram miliknya memaklumkan sudah menerima permohonan maaf itu.
“Welcome to Damansara Sharnaaz. Pihak kita terima permohon maaf tersebut dan Caprice pon kalau lebih-lebih tadi minta maaf.
“Insya-ALLAH selepas kuarantin Caprice akan sampai ke Cili Kampung Hartamas dan minum sama-sama,” katanya.
Sebelum ini, isu antara kedua artis berkenaan timbul apabila Sharnaaz dilihat seolah meniru gaya percakapan Caprice ketika sesi live bersama Shukri Yahaya.
Kedua-dua selebriti ini kemudiannya saling membalas kata-kata menerusi hantaran di Instagram masing-masing selepas Caprice memanggil Sharnaaz ‘sotong’.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang