Saluran baharu dan seleksi kandungan menarik di Astro

ASTRO
ASTRO
A
A
A

ASTRO terus memperkukuhkan tawaran kandungannya dengan lebih banyak pilihan, nilai berganda dan lebih fleksibel dengan memberi nafas baharu kepada saluran-saluran di pek Family, Movies, Variety, Learning serta Sports.

Bagi memenuhi permintaan pengguna dan perubahan citarasa semasa, Astro turut menawarkan pertambahan saluran-saluran baharu.

Saluran-saluran tersebut termasuk HBO Family, HBO Hits, Showcase Movies, BBC Lifestyle, BBC Earth, Paramount Network, Lifetime dan PRIMEtime sudah bermula pada 15 September lalu.

Manakala saluran-saluran sukan baharu seperti Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV pula pada 1 Oktober depan.

Selain itu, bermula pertengahan Oktober depan juga, pelanggan yang disambungkan kepada On Demand boleh menantikan dua saluran BBC tambahan iaitu BBC First dan BBC Brit yang menawarkan lebih drama dan program hiburan Britain.

Penawaran baharu itu tepat pada masanya setelah Disney sebelum ini mengumumkan untuk menghentikan saluran TV tertentu di rantau ini sebagai sebahagian daripada strategi mendorong penggunaan perkhidmatan penstrimannya.

Berikutan itu, semua rakan serantau di Asia Tenggara termasuk Astro akan menghentikan penyiaran saluran TV di bawah Disney selepas 30 September ini.

Saluran yang terlibat ialah FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3 dan Nat Geo People.

Malah dalam usaha Astro memberi nafas baharu kepada kandungan hiburan bahasa Inggerisnya, kedua-dua saluran Discovery Science dan Hello juga akan dihentikan pada penghujung September.

Pelanggan Astro yang telah mengaktifkan aplikasi Disney+ Hotstar dapat strim lebih banyak hiburan dengan menikmati sebahagian besar kandungan daripada saluran-saluran FOX di aplikasi tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca