Sambut raya bersama Mechamato dan Cartoon Network

A
A
A

CARTOON Network dan Monsta, studio animasi yang terkenal dengan siri BoBoiBoy dan terbaharu Mechamato, muncul dengan projek Craft Your World menarik untuk para cilik sempena Hari Raya.

Dalam masa sama nikmati program Redraw Your Summer iaitu koleksi rancangan mingguan bertema animasi kegemaran yang bermula dengan Minggu Maraton Mechamato bermula 2 hingga 8 Mei, jam 11 pagi, hanya di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD).

Sementara itu, episod baharu Mechamato akan disiarkan pada setiap hujung minggu, jam 3 petang. Siri animasi ini mendapat rating tinggi di Cartoon Network dan telah berjaya menarik perhatian ramai peminat sejak mula diperkenalkan pada Disember tahun lalu.

Berlatar tempat Kota Hilir yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka, animasi tersebut memperkenalkan budaya dan tradisi unik Malaysia dan kisah pengembaraan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato dan rakan mekanikalnya, Mechabot.

Robot tersebut mempunyai kemampuan untuk menukar objek-objek harian kepada peranti berteknologi tinggi. Amato dan Mechabot bertanggungjawab untuk memastikan rakan-rakan dan bandar mereka selamat daripada muslihat jahat robot-robot lain.

Minggu pertama program Redraw Your Summer turut menampilkan Teen Titans Go!, Looney Tunes Cartoons, Krypto the Superdog dan We Bare Bears, di mana penonton boleh menonton sejumlah 13 episod menerusi Minggu Maraton Mechamato.

Daripada pembuli siber dan penculik kepada robot berbahaya yang mengancam untuk menukar bandar menjadi ais atau membakarnya dengan api, setiap episod menyuntik nilai keberanian, persabahatan dan inovasi sepertimana mereka mengharungi setiap cabaran dengan semangat berpasukan.

Untuk menyambut hari Raya bergaya Mechamato, Amato dan Mechabot menjemput para peminat untuk mengasah nilai kreativiti dan inovasi mengikut pilihan mereka dengan casing ketupat, sampul duit Raya dan kad ucapan Raya Craft Your World x Mechamato yang menarik.

Video kraf akan dilancarkan di laman media sosial Cartoon Network @cartoonnetworkasia pada hari Isnin, 2 Mei ini.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca